- Bahasa Melayu Tinggi (BMT) merupakan bahasa baku serta bahasa pengantar ilmu yang digunakan dalam situasi formal.
Ciri-ciri
- Dibahagikan kepada dua, iaitu keintelektulan bahasa dan kesempurnaan bahasa.
♧ Keintelektulan bahasa
- menyampaikan sesuatu hujah dengan tepat dan berkesan. Ini boleh dicapai melalui 2 cara:
- Perkembangan bendaharaan dengan menambah istilah baharu.
- Pemberian pengertian tertentu atau khusus bagi bidang tertentu kepada perkataan biasa.
♧ Kesempurnaan bahasa
- Terdiri daripada 5 ciri, iaitu kestabilan, kelunturan, kepelbagaian, keberkesanan serta kecantikan.
- Kestabilan
▪︎kesempurnaan bahasa apabila peraturan difahami dan dipatuhi oleh pemakainya.
▪︎istilah teknikal dari segi pengekodan dan klasifikasi.
- Kelunturan
▪︎wujud melalui keupayaan bahasa menyesuaikan diri dengan perubahan masa tanpa mengorbankan ciri asal.
- Kepelbagaian
▪︎pengucapan boleh dibezakan dengan bermacam gaya untuk menghasilkan kesan yang berlainan.
- Keberkesanan
▪︎kesempurnaan dicapai melalui keefektifan teknik untuk menyampaikan sesuatu maksud.
- Kecantikan
Tokoh-tokoh
- Prof Emeritus Dato' Nik Safiah Karim
- Prof Emeritus Dr. Abdullah Hassan
- Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan
Cabaran mengantarabangsakan BMT
- Usaha mengembalikan BMT sebagai bahasa antarabangsa seperti zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melaka diperlekeh oleh masyarakat sendiri.
- Penggunaan BMT dipraktikkan namun tidak dilakukan sepenuh hati.
- Terdapat syarikat tempatan yang membuka cawangan di luar negara dengan menggunakan nama syarikat bukan berbahasa Melayu.
Penawaran kursus BMT di universiti luar
- Pengajaran dan pembelajaran BMT di luar negara merupakan usaha utama menyebarkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
- Adalah menjadi harapan agar bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
- Pihak kerajaan dibantu oleh universiti-universiti luar negara berusaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat dunia dengan menawarkan kursus BMT. Contohnya, beberapa universiti di negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, China, Rusia, Belanda, Jerman, Mesir dan lain-lain.
